INFO KORPORAT

Sebuah badan sukarela yang ditubuhkan sebagai cawangan Palang Merah British pada April 1948. Diiktiraf olehJawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada 4 Julai 1963. Diterima sebagai ahli gabungan Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) pada 24 Ogos 1963.Diperbadankan dibawah Akta Parlimen: Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Diperbadankan) 1965. Dahulu dikenali sebagai Akta 47/65 dan dikemaskini sebagai Akta 540 pada tahun 1995 dan Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975. Sejak 5 September 1975 ianya dikenali sebagai Malaysia Red Crescent atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

VISI

Merealisasikan Bulan Sabit Merah Malaysia sebagai organisasi kemanusiaan yang terkemuka dan tersendiri yang membawa masyarakat dan institusi-institusi bersama untuk mereka yang memerlukan.

MISI

Untuk mencegah dan mengurangkan penderitaan dimana jua.